Blogger Layouts


Friday, November 16, 2012

Tuesday, October 30, 2012

~ Semuanya Mengenai Saya ~


Nama: Rahimah Binti Matusup



Asal:Limbang Sarawak

Tarikh Lahir:17 Oktober 1990


Umur: 22 Tahun


S2dy:Ciast VTO Penyediaan Makanan





~ Kawan Sahabat dan Teman.. ~



Kawan?
apa maknanya?
bagaimana pula erti sahabat?
Teman pula bagaimana?
siapa mereka dan apa kepentingan mereka?
pentingkah mereka dalam hidup kita?

bagi saya,
ketiga2x perkataan itu ada makna berbeza..
kenapa?
kerana kawan sekadar kenalan biasa..
mungkin berkenalan di twitter?
facebook mungkin..
atau mana2x chatting room
dan mungkin juga berselisih di tepi2x jalan..
tapi sahabat itu adalah seorang
yang stick together with us..
yang selalu ada saat
kita ketawa dan merana..
yang selalu memahami kita
lebih daripada orang lain
yang tak mudah menilai
keburukan diri kita
tapi lebih bijak mencari
kebaikan yang ada..

teman pula bagaimana?
teman bersifat pelindung,
lebih baik daripada sahabat..:)

kawan->sahabat->teman..
daripada kenal sebagai kawan,
mungkin akan menjadi sahabat
dan seterusnya teman..

tapi kenapa di pertengahan itu..
selalu berlaku keretakan?
tidak sayangkah pada
persahabatan yang terjalin?
tidak cukup lagikah menilai keburukan
dan kebaikan sahabat sendiri?
sedangkan bertahun2x bersama..
masih belum mampu menerima
kekurangan sahabat sendiri?

ingatlah..

mana2x manusia yang
diciptakan tidak sempurna..
diri sendiri pun tidak lah sesempurna mana..
jadi siapa kita dalam mengukur kekurangan mereka?
sahabat kita sendiri...

sedih dan kelu sebenarnya..
masih ada mereka yang gagal
dalam mempertahankan persahabatan sendiri..
kenapa perlu diretakkan gelas2x
yang berisi permata persahabatan itu..

berfikirlah sejenak..
sesakit mana hati kita..
dia pernah ada disamping kita..
dia pernah menyenangkan perasaan hati kita..
dia pernah melorek senyuman dibibir kita..

jadi..

sediakan sedikit ruang dihati
untuk menerima
kekurangan sahabat itu..

kadang2x kita tak sedar silap kita bukan..
kerana kita tak mampu menilai diri kita..
kita mungkin kenal diri sendiri tapi
kita sebenarnya buta dalam
membuat penilaian pada diri..
kita tegar menilai insan lain..
sahabat2x kita..
tapi kita sangat lemah
untuk mencari silap sendiri..
sepertimana kita mengharapkan
mereka menerima kekurangan kita,
begitulah kita perlu seadanya
membuka hati menerima mereka.. :)
ikhlaslah dalam bersahabat..
insyaAllah..
segalanya akan lebih bermakna..

~ Saya Gembira Ada Sahabat Seperti Kalian .. Terima Kasih ~








~ Syukran Allah ~


Terima kasih Ya Allah, kerana kekecewaan semalam, aku menjadi insan yang mengerti hari ini bahawa ujian akan selalu hadir dan menemani, Allah tahu aku mampu menghadapinya, Allah inginkan aku selalu dalam pengharapan kepada Ilahi..

Terima kasih Ya Allah, kerana kehilangan semalam, aku menyedari bahawa milik Allah lah segala apa yang aku miliki, bahkan diri ini sendiri milik Allah mahupun juga sekeping hati, dan Dia jualah yang mengatur segala memori.

Terima kasih Ya Allah, hikmahMu tersembunyi disebalik segala yang terjadi, Engkau tidak menjadikan segala sesuatu dengan sia-sia, segala yang kami tangisi, kami ratapi, cuma untuk hari ini...Engkau membekalkan hikmah yang lebih besar jika kami mampu menjalani hari-hari dengan kesabaran yang tinggi...

Ya Allah, ...dekatkanlah hatiku dengan rahmat dan kasih sayangMu

~ Kata-Kata Buat Sahabat ~


~ SAHABAT~

Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
Jika ada sahabat bersamaku

Sejak dulu dibangku sekolah lagi
Aku bersama-sama kalian
menuntut ilmu tiada penghabisan
Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan
Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan
agar aku dapat menjaga akhlak serta disiplin diri tatkala jauh dimata ibu dan ayah
Dan aku yakin kerna sahabat yang baik dapat membimbing aku ke jalan Ilahi

Dan kian dewasanya aku
Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
Hidupku penuh warna
Bagai pelangi yang cantik coraknya
Menghiasi awan biru kehidupanku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

Disini sahabatku semuanya yang kukenali
walau dimanapun kita kenal
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku
sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.

Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku. 

Kata-kata dibawah ini untuk kamu-kamu semua
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.

!
!
!
V

Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang.
Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.

THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku.