Blogger Layouts


Tuesday, October 30, 2012

~ Syukran Allah ~


Terima kasih Ya Allah, kerana kekecewaan semalam, aku menjadi insan yang mengerti hari ini bahawa ujian akan selalu hadir dan menemani, Allah tahu aku mampu menghadapinya, Allah inginkan aku selalu dalam pengharapan kepada Ilahi..

Terima kasih Ya Allah, kerana kehilangan semalam, aku menyedari bahawa milik Allah lah segala apa yang aku miliki, bahkan diri ini sendiri milik Allah mahupun juga sekeping hati, dan Dia jualah yang mengatur segala memori.

Terima kasih Ya Allah, hikmahMu tersembunyi disebalik segala yang terjadi, Engkau tidak menjadikan segala sesuatu dengan sia-sia, segala yang kami tangisi, kami ratapi, cuma untuk hari ini...Engkau membekalkan hikmah yang lebih besar jika kami mampu menjalani hari-hari dengan kesabaran yang tinggi...

Ya Allah, ...dekatkanlah hatiku dengan rahmat dan kasih sayangMu

No comments:

Post a Comment